KuliyyAh SyaBab...^..^

Jalur Lebar Merubah Hidup Saya



Jalur Lebar merubah Hidup Saya

Posted by kuliyyahSyabab On 7:24 AM 0 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




Sekali air bah, sekali pantai berubah.Zaman semakin maju dan semakin mencabar.Ledakan teknologi maklumat benar-benar mempengaruhi gaya hidup semua manusia di abad ini.Bermulanya dengan penciptaan radio, diiukuti dengan telivisyen yang berasaskan oskiloskop sinar katod, seterusnya telivisyen plasma mula diperkenalkan.Mutakhir ini, kita dapat melihat kewujudan teknologi baru dalam bidang penyiaran iaitu High Definiton TV.

Teknologi maklumat tidak hanya membicarakan tentang telivisyen.Sebetulnya,saya mula berminat dengan dunia IT apabila ayah saya membeli satu komputer yang berjenama Apple sewaktu ketika dahulu.Pada waktu itu, saya sempat menggunakan Window 1995 dan Window 1998 yang juga hasil teknologi Microsoft di bawah Bill Gate.

Zaman dan teknologi terus berubah.Manusia menjangkau satu alaf baru dalam peradaban manusia iaitu "Millenium".Bersemperna dengan itu, Microsoft telah mengeluarkan teknologi terbaru mereka iaitu Window Millenium.

Pada hemat saya, Window Me mempunyai grafik yang lebih baik, di samping aplikasi yang lebih maju dan disokong pula oleh teknologi dari Intel seperti Pentium 4 dan lain-lain.

Pada tahun 2002, saya mula mengenali Jaring.Dengan mengenali Jaring, saya mula mengenali internet.Namun, ketika itu, perkhidmatan internet di rumah saya tidak begitu baik dan prosesnya masih terlalu rumit.

Selepas itu, saya mula mengetahui Yahoo dan Google.Dua syarikat yang sudah diketahui umum.Pengetahuan tentang Yahoo dan Google telah membawa kepada kewujudan emel pertama saya.Bagi saya, mempunyai emel merupakan satu perkara remeh bagi sesetengah pihak, tetapi satu sejarah yang besar dalam hidup saya.

Jalur lebar semakin baik di Malaysia...

Taktala tirai 2006 dilabuhkan, saya mula didedahkan dengan Jalur Lebar.Ketika itu juga, syarikat telefon selular seperti Nokia, Sony Ericsson dan lain-lain mula mengeluarkan telefon bimbit yang diintegrasikan dengan teknologi 3G.Terdapat sahabat-sahabat saya yang berhubung dengan melihat wajah masing-masing di telefon bimbit.

Dunia ICt pada abad ini sememangnya tidak dapat dielakkan.Manusia semakin teruja untuk mencuba sesuatu yang baru terutamanya golongan remaja.Maka, sudah tentu saya merupakan antara golongan yang mula cenderung dengan dunia tanpa sempadan.

Saya mula terlibat dengan MySpace, Friendster, Facebook, Flixster,Ning dan macam-macam.Ketika ini juga saya mula mengetahui Google Chrome dan Opera.Pada ketika ini juga, saya mula berminat dengan gadjet-gadjet elektronuk.Laman web seperti HP Malaysia sering saya lawati untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk mereka.

Akhirnya. Jalur Lebar sememangnya merubah hidup saya. !!!

Posted by kuliyyahSyabab On 7:34 PM 0 comments

BaPa KompUTer....

Posted by kuliyyahSyabab On 5:59 AM 0 comments




CHARLES BABBEGE dilahirkan pada tahun 1791 di England. Beliau merupakan seorang perekacipta dan dalam bidang matematik. Pada suatu hari beliau cuba menyelesaikan beberapa masalah matematik, beliau mendapati bahawa jadual-jadual matematik yang beliau gunakan penuh dengan beberapa kesilapan. Beliau memutuskan bahawa satu mesin boleh direkacipta yang membolehkannya menyelesaikan masalah matematik dengan mengira perbezaan antara dua persamaan matematik. oleh itu beliau membuat satu mesin demonstrasi yang dipanggil mesin pembeza (difference engine) mesin yang diciptanya mendapat sambutan yang baik sehinggakan pada tahun 1830 beliau telah memutuskan untuk memulakan pembinaan keatas satu versi model mesin pembeza yang sempurna, dengan bantuan kewangan dari kerajaan British pada masa itu.

walau bagaimanapun, beliau mendapati bahawa kesilapan-kesilapan yang terkecil adalah cukup untuk membuatkan mesin yang direkanya tidak berfungsi. Beliau telah dipandang rendah oleh rakan-rakan seperjuangan nya yang menganggapnya sebagai seorang yang hendak mencipta sesuatu mesin yang cukup mustahil. Akhirnya kerajaan British menaik balik bantuan kewangan yang diberikan kepada beliau.


namun begitu, beliau tidak putus asa. Beliau kemudiannya mereka bentuk sebuah mesin yang lain, dipanggil mesin analitikal (analytical engine), dimana mesintersebut berupaya menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Mesin itu juga tidak pernah dibina oleh beliau pada masa itu, tetapi ia merangkumi lima bahagian utama yang terdapat pada komputer- komputer masa kini, iaitu: sebuah alat input, sebuah ruangan ingatan untuk menyimpan nilai nombor yang hendak diproses, sebuah pemproses (processor) atau pengira nombor, sebuah unit kawalan untuk mengarahkan tugas-tugas yang akan dijalankan dan turutan pengiraan dan sebuah alat output.


JIKA CHARLES BABBEGE ADALAH BAPA KOMPUTER, MAKA AUGUSTA ADA BYRON ( KEMUDIANNYA DIKENALI SEBAGAI THE COUNTESS OF LOVELAGE) ADALAH MERUPAKAN PENGATURCARA (PROGRAMMER) YANG PERTAMA SEKALI DI DUNIA. BELIAU TELAH MEMBANTU BABBAGE DALAM MEREKA BENTUK ARAHAN-ARAHAN UNTUK MENGENDALIKAN PROSES-PROSES PENGIRAAN UNTUK MESIN ANALITIKAL TERSEBUT. PENGLIBATAN BELIAU TIDAK BOLEH DIPERKEECILKAN: BELIAU TELAH MEMASTIKAN BAHAWA TIORINYA REKACIPTA CHARLES BABBAGE BOLEH BERFUNGSI. TAMBAHAN PULA, BELIAU TELAH MENERBITKAN BEBERAPA SIRI NOTA-NOTA YANG KEMUDIANNYA MEMBOLEHKAN MEREKA PADA MASA KINI MERIALISASIKAN IMPIAN CHARLES BABBAGE.

jalur yang indah^^^=)

Posted by kuliyyahSyabab On 5:56 PM 0 comments

Bercakap tentang hidup ini memang seronok.Cuba kita lihat sekeliling kita,macam-macam kita dapat buat tau.Tapi kita kena ingat bukan semua yang kita nak buat itu mudah,kadang-kadang ada juga yang susah.
Bila sebut tentang susah ini sebenarnya ,banyak benda yang boleh membantu kita contohnya keluarga, sahabat,masyarakat,dan teknologi.Kita mungkin tidak perasan bahawa selama ini banyak perkara yang kita lakukan boleh memudahkan segala yang kita lakukan.
Dalam sedar atau tidak sebenarnya hidup ini sangat indah.Cuba kita fikir bermula sejak zaman dahulu sehingga hari ini,dunia berubah begitu pesat dannyata jelas dunia kini sangat membangun.Sebagai contoh,manusia dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dengan adanya telefon.
Kini dunia lebih maju dan mudah,kerana kita semua didedahkan dengan penggunaan jajur lebar.Manfaat daripada itu,banyak kerja mahupun masalah dapat diselesaikan dengan mudah.Kita dapat lihat pengunaan jalur lebar memudahkan urusan seharian dan kita dapt menimba ilmu seta berkomgsi pendapat secara tidak langsung.