CHARLES BABBEGE dilahirkan pada tahun 1791 di England. Beliau merupakan seorang perekacipta dan dalam bidang matematik. Pada suatu hari beliau cuba menyelesaikan beberapa masalah matematik, beliau mendapati bahawa jadual-jadual matematik yang beliau gunakan penuh dengan beberapa kesilapan. Beliau memutuskan bahawa satu mesin boleh direkacipta yang membolehkannya menyelesaikan masalah matematik dengan mengira perbezaan antara dua persamaan matematik. oleh itu beliau membuat satu mesin demonstrasi yang dipanggil mesin pembeza (difference engine) mesin yang diciptanya mendapat sambutan yang baik sehinggakan pada tahun 1830 beliau telah memutuskan untuk memulakan pembinaan keatas satu versi model mesin pembeza yang sempurna, dengan bantuan kewangan dari kerajaan British pada masa itu.
walau bagaimanapun, beliau mendapati bahawa kesilapan-kesilapan yang terkecil adalah cukup untuk membuatkan mesin yang direkanya tidak berfungsi. Beliau telah dipandang rendah oleh rakan-rakan seperjuangan nya yang menganggapnya sebagai seorang yang hendak mencipta sesuatu mesin yang cukup mustahil. Akhirnya kerajaan British menaik balik bantuan kewangan yang diberikan kepada beliau.
namun begitu, beliau tidak putus asa. Beliau kemudiannya mereka bentuk sebuah mesin yang lain, dipanggil mesin analitikal (analytical engine), dimana mesintersebut berupaya menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Mesin itu juga tidak pernah dibina oleh beliau pada masa itu, tetapi ia merangkumi lima bahagian utama yang terdapat pada komputer- komputer masa kini, iaitu: sebuah alat input, sebuah ruangan ingatan untuk menyimpan nilai nombor yang hendak diproses, sebuah pemproses (processor) atau pengira nombor, sebuah unit kawalan untuk mengarahkan tugas-tugas yang akan dijalankan dan turutan pengiraan dan sebuah alat output.
JIKA CHARLES BABBEGE ADALAH BAPA KOMPUTER, MAKA AUGUSTA ADA BYRON ( KEMUDIANNYA DIKENALI SEBAGAI THE COUNTESS OF LOVELAGE) ADALAH MERUPAKAN PENGATURCARA (PROGRAMMER) YANG PERTAMA SEKALI DI DUNIA. BELIAU TELAH MEMBANTU BABBAGE DALAM MEREKA BENTUK ARAHAN-ARAHAN UNTUK MENGENDALIKAN PROSES-PROSES PENGIRAAN UNTUK MESIN ANALITIKAL TERSEBUT. PENGLIBATAN BELIAU TIDAK BOLEH DIPERKEECILKAN: BELIAU TELAH MEMASTIKAN BAHAWA TIORINYA REKACIPTA CHARLES BABBAGE BOLEH BERFUNGSI. TAMBAHAN PULA, BELIAU TELAH MENERBITKAN BEBERAPA SIRI NOTA-NOTA YANG KEMUDIANNYA MEMBOLEHKAN MEREKA PADA MASA KINI MERIALISASIKAN IMPIAN CHARLES BABBAGE.


0 Response for the "BaPa KompUTer...."
Post a Comment